Ini Pesan Terakhir Bob Lokman

Mesti ramai yang tidak menyangka bahawa pelakon dan pelawak ini merupakan penulis lagu popular Isabella nyanyian Amy Search. Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 54 telah berkongsi keadaan kesihatannya yang dilihat semakin kurang baik. Menurut Bob, keadaannya itu sudah tidak seperti dahulu. 

Malah, Bob Lokman telah dilihat memberikan kata-kata dan pesan terakhir beliau menerusi status yang dimuat naik oleh beliau menerusi laman facebook nya ini.

Sebelum ini, Bob pernah di tahan di UiTM Private Speialist Centre, Sungai Buloh akibat mengalami masalah paru-paru berair dan jantung bengkak pada awal Januari lalu.

Berikutan masalah yang dihadapi oleh beliau, ramai peminat dan pengikutnya mendoakan agar kesihatan Bob Lokman kembali pulih seperti sedia kala.

Apapun, kita doakan semoga kesihatan Bob Lokman beransur pulih seperti sedia kala.

Salma Syahbuddin