Categories: TECHTech News

Merakam Video Secara Sembunyi Pada Android

Pernahkah anda terfikir untuk merakam gambar secara sembunyi mengunakan telefon bimbit anda? Bunyinya persis “James Bond” tetapi hakikatnya, memang boleh!

Pada kebiasaannya apabila merakam video memerlukan paparan rakaman pada layar peranti, ini akan menyebabkan agak sukar untuk anda menyorok rakaman tersebut.

Berikut kami kongsikan cara untuk merakam video secara tersembunyi menggunakan peranti Android. Ikuti langkah berikut.

Langkah 1

Muat turun dan pasang aplikasi Quick Camera – Hidden Camera terlebih dahulu daripada laman sesawang apkpure.com , atau boleh sahaja menggunakan pautan dibawah

Quick Camera – Hidden Camera

Langkah 2

Buka aplikasi Quick Camera

Pilih bahagian Setting

Pilih sama ada ingin menggunakan kamera belakang ataupun depan

Pilih tahap kualiti video yang ingin dirakam

Langkah 3

Untuk memulakan proses rakaman secara rahsia, anda boleh sahaja klik pada ikon video recorder berikut

Untuk berhenti merakam, klik sahaja pada ikon tersebut sekali lagi.

Fail video rakaman tersebut akan disimpan di dalam galeri video peranti.

Senang, bukan? Jangan salah guna pulak. Semoga perkongsian ini bermanafaat kepada semua.

 

SGMS Putri