AJL38: Belum Lagi Pencen… Neelofa Ramal Amir Jahari & Ernie Zakri Ungguli AJL Kali Ini

Debaran kian terasa! Ketika bahang Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) makin dirasai, pasti ramai yang ternanti-nanti siapakah yang bakal menjuarai AJL untuk edisi kali ini.

Seperti kebiasaan pengacara dan usahawan popular, Noor Neelofa sering menjadi bualan warganet apabila akan membuat ramalan mengenai AJL di laman X.

Pada AJL37 lalu, Neelofa menepati ramalan apabila lagu pilihannya mengungguli carta tiga terbaik iaitu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos serta Terus Hidup nyanyian Aina Abdul.

Jika pada AJL 36 pula, ramalan Neelofa sekali lagi tepat apabila lagu Pelukan Angkasa nyanyian Shila Amzah dan SOG diangkat sebagai Juara AJL 36.

Untuk AJL 38 yang bakal berlangsung malam ini, Neelofa meramalkan lagu yang mempunyai peluang besar untuk merangkul anugerah adalah lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari dan Astana nyanyian Ernie Zakri.

Menurut Neelofa, dia memilih lagu Hasrat kerana gemar menonton filem Imaginur kerana lagu Hasrat merupakan lagu runut bunyi (OST) bagi filem tersebut.

Terdahulu, pada edisi ke-35, Neelofa meramalkan Aina Abdul menerusi lagu Semalam untuk bergelar juara namun Aina sekadar meraih naib juara.

AJL 34 pula menyaksikan ramalan bekas pengacara Nona itu mengena apabila lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel dinobat juara kesuluruhan.

Siapakah yang bakal bergelar juara bagi edisi kali ini?

Alami dunia Muzikaverse di AJL38, bersiaran langsung dari Axiata Arena, Ahad, 3 Mac, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton.

Dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

ARTIKEL BERKAITAN: AJL 37: Tak Pernah Lupa! Ini Ramalan Neelofa Siapa Yang Akan Mengungguli AJL Kali Ini…

ARTIKEL BERKAITAN: Bersara Ramal Pemenang AJL 38, Neelofa Baru Dengar 4 Lagu Finalis

Khairil Khusyairi