Ini Respon Lan Solo Selepas Kristal Dapat Vokalis Baru, Cayalah!

Kumpulan Kristal mengumumkan pemilihan Kecik sebagai vokalis mereka, baru-baru ini.

Berita itu disambut baik oleh para peminat mereka termasuklah bekas vokalis kumpulan itu, Lan Solo.

“ Pemilihan Kecik sebagai vokalis terbaru adalah paling tepat. Dia memiliki suara mantap dan saya berharap peminat terus memberi sokongan kepada kumpulan Kristal,” katanya.

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof tidak mahu mengulas lebih panjang namun dia berharap kumpulan Kristal terus maju dalam industri seni suara.

Untuk rekod lama, Lan mengundurkan diri daripada Kristal pada November 2017 muncul dengan single Berpisah Tanpa Rela, April lalu.

“Sekarang, masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri. Saya juga mempunyai karier seni sendiri dan semestinya akan fokus pada kerjaya solo,” katanya. – BH Online.

SGMS Faida