Categories: HiburanSelebriti

Ini Waktu Terbaik Untuk Saya Muhasabah Diri

“ Saya sedih atau tidak, biarlah saya simpan sendiri, tak perlu nak tunjuk orang luar,” demikian luah Syafiq Kyle ketika disoal perasaan dia selepas penyebaran video lucah yang didakwa mirip wajahnya, baru- baru ini.

Syafiq ketika ditemui di tayang eksklusif Pelangi Cinta di Pavilion menganggap ada hikmah di sebalik dugaan yang melanda dirinya.

“ Saya kuat berdepan kontroversi ini kerana sokongan keluarga dan peminat yang tak berhenti sokong saya.

“Saya anggap ini semua hikmah dan mungkin waktu terbaik untuk saya muhasabah diri dan berhati-hati dalam apa jua tindakan selepas ini,” katanya.

Populariti Syafiq kini berada di puncak selepas kejayaan drama Nur yang rancak ditayangkan di TV3 jam 10 malam setiap Isnin hingga Khamis.

SGMS Faida