Lebih Ramai Pasangan Bercerai Disebabkan Alasan Tak Masuk Akal!

Aduhai… pelik-pelik puncanya tetapi itu realiti yang melanda di Terengganu. Ketua Hakim Syarie Negeri, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, pelbagai punca remeh dan tidak masuk akal menjadi penyebab perpisahan pasangan berkahwin di negeri itu.

Tambah beliau, kes penceraian yang diterima kebanyakannya melibatkan kes tidak masuk akal atau hal yang tidak wajar.

” Pelik dan tidak munasabah serta tidak masuk akal namun itulah realiti yang berlaku di kalangan suami isteri yang gagal mempertahankan perkahwinan mereka di negeri ini,” katanya kepada BH Online.

Wan Mohd Zakri berkata, antara kes terbaru yang dilaporkan ialah perceraian membabitkan suami isteri di atas motosikal.

” Hanya kerana si isteri tertinggal barang yang dibeli di pasar berlaku pertengkaran ketika dalam perjalanan pulang dengan menaiki motosikal sehingga suami melafazkan talak kepada isterinya.

“Jika diikutkan hal demikian hanya hal kecil dan boleh dibawa berbincang namun perpisahan tetap berlaku kerana kedua-duanya tidak sabar dan cepat mengambil keputusan tanpa memikirkan kesan terhadap keluarga termasuk anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nor berkata, pihaknya akan meneliti medium terbaik bagi menangani masalah perceraian yang berlaku di negeri itu.

“Sehingga kini kes perceraian di negeri ini pada tahap sederhana namun usaha untuk membendungnya akan diperkasakan supaya statistik yang direkodkan dapat dikurangkan.

“Pelbagai masalah timbul akibat perceraian termasuk kegagalan bekas suami memberi nafkah yang akhirnya anak-anak menjadi mangsa.

“Sehubungan itu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) menyediakan Bantuan Pendahuluan Nafkah (BPN) untuk membantu ibu tunggal menampung perbelanjaan keluarganya sementara kes tuntutan nafkah di mahkamah sedang berjalan,” katanya.

SGMS Faida