Hiburan By: Maya Basir December 6, 2023 @ 12:13pm

“Ini Yang Terakhir Rasanya…” – Kasihan Tom Alami Alahan Teruk, Fuad Rahman Tak Rancang Nak Tambah Anak

Penyanyi Fuad Rahman tidak merancang untuk menambah bilangan anak selepas isterinya, Tom melahirkan cahaya mata pertama pada Februari tahun depan.

Menurut Fuad, dia kasihan melihat keadaan Tom yang mengalami alahan teruk sepanjang tujuh bulan kehamilannya.

“Ini yang terakhir rasanya… Sebagai suami saya memang kasihan melihat keadaan dia tapi kami tidak merancang untuk ‘ikat’ dan buat perancangan sendiri sahaja.

“Ragam Tom kali ini lain macam, emosi dia pun tak menentu. Kadang-kadang dia menangis dan mengamuk secara tiba-tiba.

“Sebagai suami saya memahami keadaan dia dan sentiasa cuba ada buat dirinya,” katanya.

Sementara itu, Fuad menyatakan rasa teruja bakal menimang cahaya perempuan kerana sebelum ini dia tidak berpeluang menjaga anak-anaknya hasil perkahwinan terdahulu.

Malah, pasangan ini sudah mula membuat persiapan bagi menyambut kelahiran bayi mereka tidak lama lagi.

“Saya memang nak anak perempuan.. Walaupun ada seorang anak perempuan tapi selepas dia dilahirkan saya tak dapat peluang untuk menjaga mereka.

“Anak perempuan saya from previous marriage dibesarkan oleh bekas isteri, jadi bila dapat tahu kami bakal dapat anak perempuan semestinya saya teruja,” ujarnya.

Untuk rekod, Fuad dan Tom mendirikan rumah tangga pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

Ozlyn dan Johan Rajalawak yang bakal menimang cahaya mata kelima

Tahniah diucapkan buat pasangan Ozlyn dan Johan Rajalawak yang bakal menimang cahaya mata kelima

Featured Thu, 24 Nov 2022
Contest Sun, 14 Jul 2019

#ICSYVMYSuaraSiapaTu Minggu Ini Lebih Mencabar?

Saksikan #ICSYVMYSuaraSiapaTu Ahad ini, jam 9 malam okay!

FESYEN Fri, 4 Oct 2019
Hiburan Tue, 4 Oct 2022
Trending Thu, 4 Oct 2018

Kasut Termahal Dunia Bernilai RM70 Juta Kini Sedia Dijual, Ada Sesiapa Berani Beli?

Sepatu termahal dunia itu diperindahkan dengan 236 berlian 15 karat berbentuk bulat berhampiran bahagian hujung jari serta sekeliling kasut.