Inikah Natasha Yang Menjadi Pilihan Hati Datuk Seri Eizlan Yusof?

Selepas mendedahkan bakal bernikah dengan gadis berketurunan Serani pada 12 Disember depan, duda ‘hot’ yang pelakon dan pengarah popular, Dato’ Sri Eizlan Yusof masih merahsiakan wajah bakal isteri.

Malah pada sidang media yang berlangsung di The Glass Suite, Boraombak Putrajaya semalam, media dan tetamu tertanya-tanya bagaimanakah rupa gadis jelita 29 tahun yang berjaya menambat hati Eizlan?

Apatah lagi, foto bakal isteri beliau hanya ditunjukkan secara sipi-sipi sahaja sehinggakan ramai yang semakin teruja menantikan tarikh 12/12.

Difahamkan gadis itu, Natasha Rosa Boudville bekerja di sebuah hotel terkemuka bertaraf lima bintang di sini.

Malah, perkenalan mereka sekitar empat tahun lalu kerana mempunyai minat yang sama dalam bidang selam skuba.

Hanya pada September lalu selepas sekian lama mereka berkenalan dan mendapat perkenan anak-anaknya, baharulah Eizlan berani meluahkan hasrat kepada Natasha untuk berkahwin.

Mungkinkah gadis yang kelihatan mesra di samping Eizlan dalam foto ini ialah Natasha Rosa? Kita nantikan saja pada 12 Disember ini.

Untuk info dan berita terkini mengenai perkahwinan Dato’ Eizlan dan Natasha Rosa Boudville yang akan berlangsung pada 12, 13 dan 14 Disember ini, jangan lupa boleh layari Mahligai Cinta okay!

Oleh: Guy Masaki

Kredit Foto: Instagram @cstproduction & @aryanti.official

Del14