CRUSH Dan DEAN Berkolaborasi Dalam “Wake Up”

Ini mungkin berita gembira buat penggemar muzik bergenre R&B Korea, iaitu CRUSH dan DEAN kerana kedua-dua penyanyi sekali lagi bakal berkolaborasi menerusi lagu terbaharu mereka!

Pada 2 Disember yang lepas, CRUSH telah muncul dalam rancangan realiti Korea “Naver Now’s ‘#OUTNOW” bagi mempromosikan album penuh keduanya yang berjudul ‘From Midnight to Sunrise’ 

Sebuah posting yang menunjukkan senarai penuh lagu dalam album tersebut telah dimuat naik menerusi laman Instagram milik CRUSH semalam.

 

Daripada jumlah 12 lagu dalam album tersebut, salah satu lagunya yang berjudul ‘Wake Up’  akan dinyanyikan bersama sahabat baiknya, DEAN!

“Lirik yang ditulis sangat puitis dan gabungan teknik serta emosi DEAN yang diberikan membuatkan lagu ini menjadi sesuatu yang baharu” ujar CRUSH.

 

Sumber: www.kpopchart.net.com.my

Terdahulu,  kedua-dua sahabat baik ini pernah berkolaborasi bersama dalam kumpulan FANXY CHILD  bersama artis lain seperti ZICO dan PENOMECO menerusi lagu “Bermuda Triangle”.

Hmm nampaknya, mesti die-hard fans mereka teruja nak dengar gabungan suara lunak kedua-dua penyanyi bergenre Soul R&B ini menerusi lagu terbaharu mereka nanti kan?

So, stay tuned!

Syafiqa Irdina