Sambut Ulangtahun Perkahwinan Kali Pertama, Nick Jonas Dan Priyanka Chopra Saling Berbalas Ucapan Manis Di Instagram!

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan romantis selebriti Hollywood Nick Jonas dan Priyanka Chopra.

Jarak umur 10 tahun tidak menjadi halangan buat mereka mengekalkan kebahagiaan sejak mengikat tali perkahwinan.

Bercakap tentang perkahwinan, nampaknya pasangan ini baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan mereka   yang pertama! Yes,  tepat setahun yang lalu, iaitu pada tarikh 1 Disember lalu. 

Kedua-duanya dilihat begitu sweet apabila dilihat saling berbalas ucapan dan memuat naik gambar  throwback di laman Instagram masing-masing!

 

“Setahun yang lalu, tepat hari ini kita berjanji untuk selamanya. Well, sebenarnya kata ‘selamanya’ itu belum cukup panjang. Saya mencintai awak dengan sepenuh hati saya @priyankachopra, happy anniversary,” tulis Nick Jonas.
Bukan itu sahaja, Priyanka Chopra juga turut membalas ucapan Nick Jonas dengan memuat naik gambar pernikahan mereka.

“Janji saya. Dahulu, hari ini, dan selamanya. Awak telah memberikan saya kebahagiaan, rasa syukur, keseimbangan saat bersamaa. Terima kasih kerana bertemu dengan saya. Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama suamiku, @nickjonas. Dan terima kasih untuk semua atas doa baik kalian. Kami berasa sangat bersyukur,” tulis Priyanka. 

Wow, sweet kan! Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai info terkini tentang perkahwinan, tips, dan kebahagian rumahtangga bolehlah layari www.mahligaicinta.my atau instagram di @mahligaicinta.

Syafiqa Irdina