Hiburan By: Ad Ops December 7, 2017 @ 4:08pm

INILAH ANTARA PANTAI YANG WAJIB DILAWATI DI TERENGGANU!

Kepada korang yang nak merasai pengalaman pantai, makanan sedap dan syurga untuk membeli-belah di Terengganu, ini antara pantai paling best yang wajib korang lawati di Terengganu! 

1. Pantai Batu Buruk – Pantai Batu Buruk merupakan satu-satunya pantai yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu. Kalau korang nak tahu, banyak aktiviti yang korang boleh buat dekat pantai ni. Pada hujung minggu, korang boleh merasai pengalaman menaiki kereta kuda ala-ala kereta kuda Cinderella di sekitar kawasan pantai, korang juga boleh menyewa ATV dan terdapat juga servis menunggang kuda.

sumber: inspirasi magazine

Oleh sebab pantai ni terletak di tengah-tengah bandaraya, pantai Batu Burok ni sering menjadi perhatian dan kunjungan penduduk setempat mahupun pelancong-pelancong asing. Terdapat juga gerai-gerai makanan di sepanjang jalan berdekatan pantai. Wah! mesti fefeling macam bercuti kat oversea kan?

sumber: inspirasi magazine

Kepada peminat setia streetfood, tempat ni memang sesuai untuk korang sebab terdapat banyak gerai-gerai makanan dijual di sini. Dan yang paling best korang dapat makan ais kepal dengan harga RM3.00, Mango Ice Blended dan banyak lagi. Kepada korang yang kaki shopping ada berita menarik untuk korang semua. Sebab korang boleh berkunjung ke pasar malam setiap hari Isnin dan Khamis di kawasan pantai Batu Buruk.

2. Pantai Kuala Ibai – Kalau korang nak tahu, Pantai Kuala Ibai ni sangat la sinonim dengan masjid terapung di Kuala Terengganu yang juga dikenali dengan nama Masjid Ampuan Zaharah. Masjid ni merupakan antara masjid yang terkenal di Kuala Terengganu kerana lokasinya yang terletak di kawasan tasik. Jadi, tak hairanlah sekiranya masjid ni dikenali sebagai masjid terapung. 

sumber: jejalan2je blog

Selain daripada tarikan yang ada, pelbagai servis turut disediakan seperti servis sewa motosikal yang disediakan kepada penduduk tempatan dan juga pengunjung luar. Servis motosikal ini dicas dengan harga RM 10 je untuk satu servis selama 30 minit. Korang boleh naik motosikal sambil pusing-pusing area pantai. Best kan?

Kalau korang nak tahu  dekat pantai ni juga ada “lokasi rahsia” berdekatan dengan kelab polo. Dari situ korang boleh menikmati pemandangan pantai tinggi dari atas tebing. Nak tau apa perkara paling best? Oleh kerana kawasan sekitar tebing ni merupakan lokasi wedding photoshoot, korang akan terserempak dengan ramai pengantin yang tengah shooting. Boleh la korang ambil berkat pengantin baru. 

 

Biasanya pengantin akan bergambar berlatar-belakangkan pemandangan padang polo dan juga pantai. Ha.. untuk korang yang masih tercari cari lokasi menarik untuk shoot video atau photoshoot, tempat ni memang sesuai untuk korang.

 

3. Pantai Tok Jembal –  Tarikan utama di Pantai Tok Jembal ni adalah Uptown Kontena Dapo Pata. Uptown Kontena ini sebenarnya merupakan rangkaian beberapa buah restoran dan kafe yang terletak di hadapan Pantai Tok Jembal.

Setiap restoran kat sini bericirikan hipstur, sama ada dari segi hiasan reka bentuk restoran, menu hidangan dan sebagainya. Menu paling best? Semestiya Meggi Ketam Claypot dengan harga RM 15.00 dan juga Chicken Grill  dengan harga RM 13.00. Bukan hanya makanan dan minuman dijual, kat sini juga ada kedai kasut untuk para gadis yang meminati pelbagai jenis kasut. Kalau korang nak cari kasut untuk sebarang majlis, korang boleh shopping kat sini. Menarik kan?

Bukan sekadar pantai dan tempat makan je, kedai kasut pun ada. Bak kata orang, macam-macam ada lah di sekitar Kuala Terengganu ni!

Korang tunggu apa lagi?Jangan lepaskan peluang untuk datang berkunjung ke tempat-tempat menarik sekiranya korang ke Kuala Terengganu okay!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 Feb 2019

Rai Ulang Tahun Ke 30, Neelofa Anjur Majlis Keagamaan

Alhamdulillah… Selamat Hari Jadi Neelofa!

Hiburan Wed, 24 Aug 2022

“Syarat Utama Saya Adalah…” – Jamal Abdillah Sudi Berduet Dengan Aliff Syukri

Macam mana agaknya bunyi kalau berduet dengan Raja Pop Malaysia ni kan?

Featured Thu, 5 Jan 2023

Nas Ahmad Terjah Diuji Masalah Jantung – “Ya Allah! Lainnya Dia Sekarang”

Allahuakbar. Semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik

Hiburan Sat, 19 Jan 2019

Hannah Delisha Makin Selektif Terima Tawaran?

Jangan lupa saksikan lakonan Hannah dalam drama Aku Cinta Dia setiap Rabu- Jumaat bermula 9 malam!

Hiburan Sat, 22 Dec 2018

Ex-Member Gayoung Says Stellar was Sexually Exploited for Fame!

Is this the ugly truth to the industry?!

Featured Fri, 20 Oct 2023

Siti Nurhaliza Terharu Elly Mazlein Derma RM10,000 Untuk Rakyat Palestin – “Moga Murah Rezeki Kak Iti Doakan”

Mashaa-Allah, moga dimurahkan rezeki Kak Lina Pom Pom kita. Dua-dua no syatuuuuu!❤️

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Dakwah Cara Anak Muda, Da’i Adam Mahu Kerap Turun Padang

Jika diberi peluang untuk mengacara sesebuah program, saya memilih program untuk mendekati belia di luar sana dan memperbanyakkan aktiviti turun padang untuk berdakwah. Insya Allah jika diizinkan-Nya, doakan agar segalanya dipermudahkan…