“Inilah Masanya Tunjukkan Kasih Sayang Kepada Suami” – Kerap Kongsi Kemesraan Di Media Sosial, Netizen Meluat Tengok Hana Ismail & Dai Syed

Kerap berkongsi kemesraan di media sosial, pengacara Hana Ismail dan suami yang juga pendakwah selebriti, Dai Syed pastinya tidak terlepas dari menerima kecaman dalam kalangan warganet.

Namun, pemilik nama Nurul Hana Ismail, 37, memberitahu, dia tidak mahu berpura-pura atau bersikap ‘fake’ sekaligus menyifatkan platform media sosial adalah tempatnya untuk menunjukkan kasih sayang terhadap suaminya.

“Saya faham apa yang ditunjukkan menjadi perhatian dan bukan senang nak buat orang suka kat kita.

“Tapi, inilah masanya saya tunjukkan kasih sayang saya terhadap suami. Dan semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada orang ramai.

“Saya terima sahaja kata-kata orang terhadap kami,” katanya.

@daisyed_Ada nak tahu ke ? Ok nak keluaq sat pergi dating 😂 jangan marah aaa♬ suara asli – Sad.Musikk_

 

Memetik laporan mStar, Hana mengakui tidak pernah berasa tertekan setiap kali diajukan soalan berkenaan zuriat, kerana dia menganggap soalan itu sebagai doa untuk mereka berdua.

“Sebenarnya kami tidak pernah merancang dan harap disegerakan dapat zuriat. Dan saya tak pernah kisah orang tanya berkenaan isu tersebut.

“Tapi, suami selalu pegang perut dan tanya ‘dah ada isi ke?’ malah bagi saya tindakan itu juga satu doa,” jelasnya.

Terdahulu, Hana dan Dai Syed atau nama penuhnya, Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 28, sah bergelar suami isteri pada 3 Disember 2022 dengan hanya sekali lafaz.

Syed turut menyerahkan seutas gelang tangan emas sebagai mas kahwin namun merahsiakan jumlah wang hantaran.

@daisyed_ Asalamualaikum isteriku 🤍 @Hana ismail ♬ original sound – Dai Syed

 

Sumber: mStarKerap berkongsi kemesraan di media sosial, pengacara Hana Ismail dan suami yang juga pendakwah selebriti, Dai Syed pastinya tidak terlepas dari menerima kecaman dalam kalangan warganet.

Namun, pemilik nama Nurul Hana Ismail, 37, memberitahu, dia tidak mahu berpura-pura atau bersikap ‘fake’ sekaligus menyifatkan platform media sosial adalah tempatnya untuk menunjukkan kasih sayang terhadap suaminya.

“Saya faham apa yang ditunjukkan menjadi perhatian dan bukan senang nak buat orang suka kat kita.

“Tapi, inilah masanya saya tunjukkan kasih sayang saya terhadap suami. Dan semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada orang ramai.

“Saya terima sahaja kata-kata orang terhadap kami,” katanya.

 

Memetik laporan mStar, Hana mengakui tidak pernah berasa tertekan setiap kali diajukan soalan berkenaan zuriat, kerana dia menganggap soalan itu sebagai doa untuk mereka berdua.

“Sebenarnya kami tidak pernah merancang dan harap disegerakan dapat zuriat. Dan saya tak pernah kisah orang tanya berkenaan isu tersebut.

“Tapi, suami selalu pegang perut dan tanya ‘dah ada isi ke?’ malah bagi saya tindakan itu juga satu doa,” jelasnya.

Terdahulu, Hana dan Dai Syed atau nama penuhnya, Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 28, sah bergelar suami isteri pada 3 Disember 2022 dengan hanya sekali lafaz.

Syed turut menyerahkan seutas gelang tangan emas sebagai mas kahwin namun merahsiakan jumlah wang hantaran.

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin