Isu Bakar Al-Quran, Isteri Shukri Yahaya Mohon Ramai Peka Isu Semasa – “Berhenti Beli Produk Mereka”

Baru-baru ini, heboh di serata media sosial berhubung isu pembakaran naskah Al-Quran secara terbuka di negara antarabangsa, Sweden.

Turut dukacita dengan berita tersebut, isteri kepada pelakon terkenal, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan memuat naik sebuah perkongsian di Instagram Story menyeru pengikutnya untuk memandang serius soal perkara tersebut.

Ibu anak dua ini memuat naik sebuah pautan video yang menceritakan mengenai isu pembakaran Al-Quran dam meminta pengikutnya untuk berkongsi video tersebut.

“Kalau benda-benda lain laju je repost kan? Guys, orang bakar Quran kita. Tak sedih ke? Macam tu je diorang bakar. Kalau bukan kita nak pertahankan, siapa lagi?

“Followers sikit ke banyak ke, repost je. Tanggungjawab kita. Nanti ini semua nak kena jawab tau dekat akhirat apa action kita. Ada social media, tapi buat dekk jer,” katanya.

Menerusi hantaran lain, Tya turut meminta orang ramai untuk berhenti membeli produk keluaran dari negara tersebut.

“Atleast we can stop buying their product sekejap. Sebab manusia ni akan tergugat bila ekonomi merundum. They burned our Quran, and we still enjoy buying their H&M, Ikea…

“Memang ada orang macam ni. Dia tak peduli pun benda semasa yang jadi. Dia rasa macam small matter. Korang jangan macam ni tau,” tambahnya lagi.

Aqilah Paharuzi