Featured By: Halimey Zamal November 12, 2022 @ 6:52pm

Iron Baju Umrah Ibu, Aksi Anak Wan Maimunah Undang Sebak Warganet

Pelakon terkenal Malaysia , Wan Maimunah yang akan mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi telah meraih perhatian warganet di media sosial.

Tular sebuah video, di mana anaknya Aidah Muhammad memuat naik satu hantaran di akaun TikTok miliknya, memaparkan dia sedang menggosok baju jubah putih yang dijahit sendiri oleh ibunya itu.

Lebih hiba apabila ayat-ayat yang ditulis pada video oleh Aida seolah-olah berat hati untuk melepaskan ibunya pergi ke tanah suci itu.

“Ibu Wan Maimunah minta aku ir0n kan pakaian dia untuk pergi umrah.

“Tiba hatiku tersentuh apabila melihat dua pasang jubah yang dijahit oleh beliau. Ya Allah laju air mata aku mengalir tak dapat nak luahkan dengan kata-kata.

“Memang kalau ke tanah suci, ramai yang berniat untuk meninggal di sana. Tempat yang baik lagi-lagi dia terpilih menjadi tetamu Allah. Bukan semua orang dapat peluang ni. Selamat jalan syurga mummy.” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan yang terbaik buat ibu Wan Maimunah supaya dipermudahkan segala urusannya di sana dan mereka juga mendoakan ibu Wan Maimunah selamat pergi dan pulang.

“Semoga ibu Wan Maimunah selamat sampai ke sana dan selamat pulang ke sini. Semoga dipermudahkan segala urusan, panjang umur dan murah rezeki.” tulis seorang wargamaya.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 1.1 juta tontonan, 2026 komen dan lebih 51,000 tanda suka.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 11 May 2019
Events Mon, 19 Aug 2019
Trending Wed, 21 Apr 2021

“Awalnya Rasa Kekok” – Lerai Salah Faham, Hafiz Hamidun Kongsi Detik Bersemuka Dengan Nabila Razali

Penyanyi dan penerbit muzik, Hafiz Hamidun menceritakan detik pertemuannya dengan penyanyi Nabila Razali. Nama Hafiz dikaitkan dengan Nabila selepas tweet Hafiz didakwa mengkritik persembahan Nabila di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) menjadi tular di laman […]

Program TV Mon, 18 May 2020
Hiburan Mon, 9 Sep 2019

Uqasha, Rashidi Ada Apa-Apa ke?

Untungnya Uqasha..kiri kanan orang nak!

Trending Fri, 9 Mar 2018

Influencer Seiras Wajah Selebriti Popular Tempatan, Nombor 3 Paling Sama!

Pasti teruja bukan apabila mengetahui ada orang lain yang seiras dengan kita. Apatah lagi jika mereka itu pelanduk dua serupa kepada artis popular mahupun insan-insan terkenal!

Hijab & Heels ingin membawa penonton mengenali lima Instafamous atau Influencer yang memiliki wajah seiras selebriti tempatan.