“Islam Suruh Kahwin Cepat, Bukan Bermaksiat 4 Tahun…” – Puteri Sarah Liyana ‘Sekolahkan’ Netizen Mulut Puaka

Walaupun kemelut rumah tangga diantara Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof masih menjadi tanda tanya ramai pihak, namun itu bukanlah lesen untuk warganet memberikan komen mengenai status hubungan pasangan ini.

Terbaharu, Puteri Sarah dilihat memberi komen balas kepada individu yang dilihat meninggalkan komennya di ruangan Instagram portal hiburan Xtra baru-baru ini.

Menerusi komen berkenaan, individu yang dikenali sebagai @keropokpisang dilihat meminta aktres berkenaan untuk menerima hubungan Syamsul Yusof dan Ira Kaza memandangkan pengarah tersohor itu mampu dari segi kewangan.

“Mampu nak kahwin lagi, kahwin je lah… Tak payah sibuk…” tulisnya.

Bagaimanapun, tidak hanya berdiam diri,  Puteri Sarah tampil menjawab komen terbabit.

“@keropokpisang islam suruh kahwin cepat bukan bermaksiat 4 tahun. Ada beza tu,” balasnya.

Terbaharu, menerusi perkongsian di InstaStory Puteri Sarah sebentar tadi, beliau didakwa sedang menguruskan  hal berkaitan rumah tangganya apabila menunjukkan pas pelawat yang beliau kini sedang berada di Jabatan Agama Islam Selangor.

Salma Syahbuddin