Isteri Cantik Kenapa Jarang Tunjuk Di IG? Ini Alasan Paling Win Dari Isteri Jep Sepahtu

Rata-rata pengikut Jep Sepahtu di Instagram pasti sedar sesuatu, penyampai radio dan pelawak ini jarang meletakkan gambar isterinya.

Mungkin ramai yang tertanya, kenapa agaknya Jep jarang menayangkan gambar isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Sari Yanti.

Sari Yanti tampil menjawab persoalan peminat di ruangan laman Instastory semalam dengan jawapan ringkas.

“ Biasanya bila selfie dekat rumah kakak tak pakai tudung,” jelasnya.

Dengar tu, ibu kepada Dariya Inara ini memberitahu ketika berada di rumah kebiasaanya tidak menyarungkan tudung dan atas alasan itu mereka jarang menayangkan gambar selfie bersama.

Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari 2017.

SGMS Faida