Isteri Didakwa Sedang Hamil, Ini Respons Remy Ishak – “Doa-Doakanlah”

Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Remy Ishak tampil menafikan dakwaan yang menyatakan isterinya, Ezza Yusof kini sedang hamil.

Menurut Remy, dia tetap positif dan berharap orang ramai dapat mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki untuk memiliki cahaya mata dengan segera.

Untuk makluman, Ezza merupakan pengarah kreatif dan pereka kasut bagi jenama 2morrow.

“Oh yeke? Belum lagi. Doa-doakanlah,” katanya ringkas.

Sebelum ini timbul dakwaan daripada segelintir netizen yang menyatakan bahawa Ezza kini sedang hamil kerana keadaan fizikalnya yang sedikit berisi sejak kebelakangan ini.

Remy memaklumkan perkara tersebut ketika ditemui di malam gala filem seram Harum Malam di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, Isnin lalu.

Filem arahan Dain Syed ini akan mula ditayangkan di 90 buah pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Februari 2023.

Selain Remy, Harum Malam turut dibintangi oleh Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud, dan Faizal Hussien.

Filem ini juga memperkenalkan bakat-bakat muda yang menyiar seperti Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangan Bergetar, Remy Ishak Akui Gugup Jumpa Orang Ramai – “Keadaan Saya Masih Tak Baik, Susah Untuk Jadi Lebih Kreatif…”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Makin Selekeh Selepas Kahwin? Ini Respons Remy Ishak…

 

Fatin Nurain