Isteri Hamil 5 Bulan, Syafiq Farhain Berdebar Bakal Timang Anak Pertama

Pelakon dan penyanyi, Syafiq Farhain memaklumkan isteri tercintanya, Alia Nadia kini mengandung lima bulan.

Memetik laporan Wilayahku, Syafiq memohon doa orang ramai agar proses bersalin isterinya berjalan dengan lancar, namun begitu dia mengakui berasa sangat gementar menanti kelahiran anak pertamanya.

ā€œYa, isteri saya hamil lima bulan. Jadi saya berharap sesiapa yang baca berita ini sama-sama mendoakan semoga anak kami dan juga isteri saya sihat dan selamat.

ā€œInsya-Allah, isteri saya akan melahirkan anak kami sekitar Mei atau Jun depan. Jujurnya macam-macam saya fikir apa yang saya buat nanti.

ā€œTapi kalau tanya saya sudah bersedia atau belum, semestinya kita kena bersedia. Tapi saya bersyukur semuanya berjalan dengan baik dan saya juga tiada masalah alahan atau sebagainya,ā€ ujarnya.

Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain AM Salim turut berkongsi perkembangan baharu dirinya yang terpilih untuk membantu Iskandar dalam Jelajah Amal Solidariti Untuk Iskandar Spring yang akan diadakan pada Ahad ini.

ā€œAlhamdullillah saya akan menyanyikan empat buah lagu pada Ahad ini. InsyaAllah lagu-lagu yang akan dinyanyikan adalah lagu Iklim. Saya harap jelajah ini akan dapat sambutan dan sokongan ramai untuk kita sama-sama membantu abang Iskandar yang memerlukan,ā€ katanya.

Sekadar info, Syafiq dan Alia mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2021.

Aqilah Paharuzi