Featured By: Salma Syahbuddin October 27, 2022 @ 2:17pm

Isteri Rody Kristal Alami Keguguran, Impian Timang Bayi Perempuan Tidak Kesampaian – “Check Up Hari Ni Dah Tak Ada…”

“Check up hari ni tapi tak ada dah. Minta maaf sayang.”

Demikian kata isteri kepada gitaris kumpulan Kristal, Rody Kristal iaitu, Niena Azman menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram peribadinya.

Menurut Niena, dia mengalami keguguran selepas melakukan pemeriksaan pada Rabu.

Berita duka ini sekaligus membuatkan impian Rody untuk menimang cahaya mata perempuan tidak kesampaian, namun mereka tetap reda dengan takdir yang telah tertulis.

“Sorry sayang… dia harapkan baby girl tapi belum rezeki kami. Insya-Allah one day.

“Doakan kami. Semua ini dah tertulis. Encik suami kata next tak nak letak Baby C terus ke Baby D sebagai ingatan kami kat dia,” tulisnya.

Niena yang juga merupakan penjaga gol skuad futsal kebangsaan berkata, walaupun kandungannya itu mampu bertahan seawal dua bulan sahaja namun dia dan suami tetap menganggap itu adalah anugerah yang diberikan Tuhan buat mereka.

“Walaupun seawal dua bulan tapi suami kata itu adalah anugerah kami,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya mendoakan agar pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Terdahulu, Rody dan Niena mendirikan rumah tangga pada 27 April 2018 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu, Adhitya Jabbar, 3 dan Barie Habibullah yang kini berusia dua tahun.

 

Sumber: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Jun 2022
Trending Thu, 4 Apr 2019

为什么女人比男人长寿?10张照片完整解答

科学家告诉我们:女人比男人长寿的原因相当多,其中就因为男生大脑的额叶发展比女生来得缓……

Hiburan Tue, 9 Jul 2019

Dikecam Sebab Seksi Sangat, Apa Komen Nadia Brian?

Nadia Brian memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dan terguris dengan gaya pemakaiannya bagi menjayakan sebuah sesi fotografi baru-baru ini.

Hiburan Thu, 24 Aug 2023
Featured Fri, 19 Jul 2024
Kisah Viral Wed, 6 Apr 2022

Dituduh Mencuri, Gadis Ini Bertindak Dedah Bekas Majikan Buat Aksi Lucah Di….

Gadis bertindak mendedahkan kisah sebenar bekas majikannya!

Trending Tue, 10 Mar 2020

Disambar api lilin kek hari jadi, mimpi ngeri buat remaja ini!

Hadiah hari jadi yang tidak dapat dilupakan