Isteri Tinggalkan Pelamin…Apa Alasan Sufi Rashid?

Gara-gara sebuah video yang memaparkan isterinya meninggalkan pelamin ketika ibunya datang bersalam, penyanyi Sufi Rashid tampil memberi penjelasan sebenar.

Menerusi sebuah entri di Instagram, Sufi berharap orang ramai berhenti berkongsi video itu demi menjaga hati ramai pihak.

“Saya menerima banyak mesej peribadi dan pertanyaan mengenai video yang tular pada majlis resepsi saya, baru-baru ini. Jadi, saya perlu membuat penjelasan untuk menjernihkan keadaan. Di sini saya menegaskan, apa yang anda lihat bukan seperti dijangkakan.

“Sejak dahulu, saya memang tidak pernah berkongsi mengenai hal peribadi kerana berpendapat ia aib diri sendiri. Malah, saya juga sering menasihatkan Ain untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau perkongsian mengenai hal keluarga. Apa yang pihak sana ingin keluarkan, terpulang kepada mereka,” tulisnya.

Tambah Sufi, semua orang berhak meluahkan pandangan masing-masing namun dalam hal ini dia mengambil langkah untuk berdiam diri demi menjaga pihak

“Biarlah saya dan keluarga terdekat mengetahui apa yang terjadi. Jika dilihat, isteri saya menggigil dan menangis serta tidak mampu untuk bersalaman dengan ibu saya. Semua orang berhak untuk meluahkan pandangan masing-masing,” kata Sufi.

Kata penyanyi Aku Sanggup itu, dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri bagi menghormati perasaan ibu dan isterinya.

Terdahulu, sebuah video memaparkan Nurulain bertindak meninggalkan pelamin sewaktu ibu Sufi, Irma Suriana Mahamud, datang bersalaman dengan anaknya tular.

Video terbabit didakwa dimuat naik sendiri oleh Irma ke laman Facebook.

Selain video, beberapa keping gambare4 Irma dan menantunya bermasam muka pada majlis resepsi berkenaan turut bertebaran di media sosial, menyebabkan sebahagian warganet menyifatkan Nurulain sebagai bersikap biadap terhadap ibu mentuanya.

Hubungan Sufi dan ibunya diperkatakan apabila penyanyi lelaki itu membuat keputusan untuk berkahwin dengan Nurulain.

Selain dikatakan tidak memberikan restu terhadap hubungan anaknya, Irma juga secara terbuka membuat luahan di media sosial.

SGMS Faida