Hiburan By: SGMS Faida February 6, 2019 @ 6:46pm

‘Istiqamah Dalam Tudung Bukan Perkara Mudah’- Emma Maembong Mengaku Sudah Tidak Bertudung

Pelakon Emma Maembong mengakui sudah tidak lagi berhijab sejak tiga hari lalu.

Menerusi pengakuannya kepada BH Online, pelakon berusia 27 tahun ini mengesahkan video bergambar bersama peminat dengan imej tidak bertudung adalah dirinya.

Aku Emma, dia sedar tindakannya adalah bukan contoh yang baik sekaligus mengaku imannya belum kukuh. 

“ Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.

“Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Ia bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya,” katanya.

Akui Emma, dia menerima segala kritikan mendatang dengan hati dengan berlapang dada.

Menurut pelakon berdarah campuran yang dikenali menerusi drama Kau Yang Terindah itu, dia mula mengenakan tudung secara suka-suka dengan memakai selendang di leher.

“Cara saya mengenakan selendang di leher dulu juga pantas dikecam netizen. Ada yang cakap, lebih baik bertudung penuh dan sempurna. Sedikit demi sedikit, saya mencuba untuk bertudung.

“Ketika itu, saya cuba bermuhasabah dan memperbetulkan diri. Selepas saya mula bertudung dulu pun, seperti biasa cara berpakaian dan mengenakan tudung itu juga terus mengundang kritikan. Semua benda bagai serba tak kena. Benar, susah untuk saya memuaskan diri orang lain.

“Saya seperti berperang dengan diri sendiri. Tetapi, saya lawan segala perasaan negatif. Namun, saat hanyut dengan kekhilafan diri, baru-baru ini. Saya terus dihukum seperti mempermainkan agama. Mereka yang memberi komen pedas itu pula seolah-olah mendapat jaminan masuk ke syurga. Malah ada yang cakap, apabila sudah ‘kantoi’, baru nak minta maaf. Saya akur, diri ini manusia biasa yang tak pernah sempurna,” katanya.

Menjawab pertanyaan apakah dia memakai hijab kerana mengusahakan perniagaan tudung, Emma menafikan sekeras-kerasnya perkara itu.

“Perniagaan tudung dibuat ketika saya belum lagi menutup kepala. Secara peribadi, saya suka membeli tudung dan selendang, malah mempunyai sedikit bakat melukis, termasuk menjadikan tudung sebagai kanvas lukisan,” katanya.

Tambah Emma, agak berat bagi ahli keluarga menerima keputusannya untuk tidak lagi berhijab.

“ Cuma, mereka akur dan tahu apa yang saya lalui selama ini. Mereka lihat dengan mata sendiri segala episod jatuh bangun dan ‘sakit’ saya menjadi anak seni.

“ Mereka bukanlah menggalakkan saya tidak bertudung, tetapi dalam masa sama, berharap supaya suatu hari nanti saya akan kembali istiqamah,” katanya.-BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 21 Jun 2019

Giliran ‘Swan Lake’ Ke Kuala Lumpur, Jom Ke Istana Budaya Bermula 26-28 Julai!

Sebuah persembahan yang perlu ditonton, jom layari www.myticket.asia untuk pembelian tiket!

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Beli Kereta Mewah Hasil Menyanyi, Tahniah Ismail Izzani!

Ismail bakal tampil dengan single terbaharu dan kini dalam proses menyiapkan.

Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Suami Teruk Dikecam Sehingga Dilabel Narsisistik, Ini Respons Fatin Afeefa – “Saya Pilih Dia…”

Hangat isu pengakuan berani mati Opai soal ‘lelaki Alpha’. Haa ini respons Fatin Afeefa 🤪🤪

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Perli Siapa Tu? Faiz Roslan Muat Naik Video Masuk Tandas OKU

Faiz dilihat membuka pintu tandas OKU dan memberitahu bahawa tandas itu hanya digunakan untuk golongan LGBT sahaja