Isu Beri Makan Anjing, Netizen Tolonglah ‘Otak’ Tu Jangan Sempit Sangat

Hanya kerana niat baik memberi haiwan ini makanan, penyanyi dan komposer,  Yasin Sulaiman pula mendapat kecaman hebat netizen. 

Menerusi akaun instagram miliknya, Yasin mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh beliau itu adalah tidak salah kerana haiwan itu juga adalah makhluk ciptaan Allah.

Walaupun ramai antara followers beliau menghentam tindakan Yasin ini, namun terdapat segelintir rakan artis yang tetap memberikan sokongan terhadap tindakan Yasin memberi makanan kepada anjing-anjing ini.
Terdahulu gambar Yasin memberi makan dua ekor anjing ini semasa mendaki bukit Tabur mencuri perhatian netizen apabila mengatakan haiwan ini haram untuk disentuh  dan sebagainya.
Apapun, pesanan buat netizen, jangan meletakkan persepsi terhadap mana-mana individu yang memberi makan haiwan ini kerana, agama Islam sendiri melarang makan atau minum benda yang haram. Bukan melarang untuk membantu haiwan ciptaan-Nya termasuklah anjing dan babi.
Kami di xtra mendoakan agar masyarakat Malaysia lebih peka dan berilmu sebelum melontarkan kata-kata atau melabel seseorang diatas tindakan mereka. Renung-renungkan, dan selamat beramal!
Salma Syahbuddin