Kenali ‘Roda Warna’ Agar Kamu Tak Runsing Ke Tempat Kerja

Penampilan yang menarik dapat dilihat dengan cara kamu mix & match busana. Tapi AWAS…hati-hati ketika suai padan warna tudung dan pakaian sebelum ke tempat kerja. Silap hari bulan, jadi bahan senda pula bila warna tudung dan baju serba ‘tak kena’. 

Ketua Program Fesyen dan pakaian Kolej Komuniti Temerloh, Fara Azeerin Abdul Karim tampil berkongsi beberapa tips agar anda tampil menawan biarpun hanya menyarungkan busana tanpa jenama. Jom semak! 

  • Roda warna

Penting mempelajari tentang Roda Warna. Ini merupakan cara mudah suai padan warna hijab dan busana berdasarkan warna di atas. Pilih warna yang terletak bersebelahan. Contohnya warna hijau dan kuning. Ia merupakan padanan serasi apabila digabungkan. Beranikan diri untuk padankan shawl bewarna hijau dan top kuning yang bakal menimbulkan gaya feminin.

  • Bentuk 90 darjah

Padanan warna dari roda warna yang membentuk lingkaran 90 darjah juga merupakan tips penting ketika suai padan. Caranya adalah dengan  melihat roda warna dan membentukkannya ke 90 darjah. Contohnya padanan warna biru dan violet atau kuning dan biru . Tetapi tidak semestinya dipadankan pada bahagian hijab dan pakaian sahaja. Ia boleh digunakan ketika memilih warna heels, handbag atau aksesori lain.

Sebenarnya, tidak susah untuk anda membuat padanan kerana dengan motif atau corak pada hijab sahaja boleh menyelesaikan masalah. Gabungan corak dan warna pada rekaan Shawl dapat membantu untuk anda bergaya.

Selain itu pilih warna hijab yang berhadapan di dalam Roda Warna. Contohnya warna warna shawl kuning, kamu boleh padankan warna pakaian ataupun aksesori lain dengan memilih warna violet. Jika anda tidak yakin mengenakan warna terang seperti di dalam roda warna, anda juga boleh ‘cairkan’ warna dengan mengantikannya kepada pastel. Contohnya warna kuning terang diganti kepada kuning cair dan violet digantikan dengan warna Lilac

Mudah bukan? Cubalah…pasti anda nampak lebih mengancam di tempat kerja! 

  

SGMS Faida