Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 10, 2023 @ 10:25pm

Isu Buka Tudung, Mawar Rashid Tampil Buka Mulut – “Sungguh Semua Dah Berlaku Tapi Saya Masih Berusaha Jaga Hubungan Dengan Allah”

Pelakon, Mawar Rashid tampil membuka mulut setelah mencetus kontroversi apabila memilih untuk membuka tudung pada awal pagi, Selasa.

Terkini, menerusi hantaran di Instagram Story (IG) miliknya, Mawar berkata dia memohon maaf telah melukakan hati ramai pihak.

Adik ipar kepada penyanyi dan cef selebriti, Fazley Yaakob ini juga berkata dia masih cuba untuk memperbaiki hubungan bersama Sang Pencipta, meskipun isu ini telah pun terjadi.

“Assalamualaikum semua. Minta maaf saya tak angkat dan tak reply semua yang tanya keadaan saya. Saya baru on fon malam ni. Saya akan bagi statement di sini sahaja ya.

“I don’t have much to say about this issue sebab tindakan saya ni bukan lah tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi.

Mawar Rashid

“Sungguh pun semua ini dah berlaku, saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah Swt. Biar lah usaha saya ini antara saya dan Allah Swt sahaja.

Mengulas lebih lanjut, isteri kepada selebriti Raf Yaakob ini menegaskan dirinya telah cuba sedaya upaya untuk kekal istiqamah, namun tetap gagal.

“Saya juga nak minta maaf kepada semua orang yang saya dah kecewakan. Saya dah buat dan saya cuba sedaya upaya untuk istiqamah selama ni. Tapi saya gagal kali ini.

“Doakan saya untuk istiqamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan ini.

“Terima kasih kepada yang mash support saya, bagi kata positive & doakan g baik untuk saya. Terima kasih,” tulisnya lagi.

Mawar Rashid

Sebelum ini, nama Mawar Rashid heboh menjadi buah mulut ramai di media sosial terutamanya selepas berkongsi dua foto tidak berhijab, memakai baju berona putih.

Sementara itu, sebagai abang ipar, Fazley berkata dia memberi ruang kepada Mawar dan Raf untuk menjelaskan keputusan yang dilakukan ini kepada keluarga.

Artikel Berkaitan: Lagi Selebriti Wanita Berhijab ‘Unboxing’… Mawar Rashid Buka Tudung – “Saya Dah Cuba, Tapi Gagal”

Artikel Berkaitan: “Asal Dia Bahagia & Tenang Dalam Hidup” – Ahli Keluarga Sokong Segala Keputusan, Fazley Yaakob Yakin Mawar Rashid Dah Fikir Dengan Matang

Artikel Berkaitan: “Bukan Begitu Nak Jadi Penghuni Syurga, Ujian Tu Akan Angkat Darjat…” – Ustaz Ahmad Dusuki Ulas Isu Mawar Rashid Kini ‘Free Hair’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 28 Jul 2018

五色棺材葬五种人,你知道棺材的颜色代表什么吗?

起棺材估计大家脑海中都会想起黑色的棺材,而黑色的棺材确实也是最常见的,那么有黑就有白,其实与之对应的还有白棺材和红棺材。那么棺材为什么还有五种颜色呢?

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Tiket Terjual Habis, Siti Nurhaliza Terkejut Masih Diterima Ramai

Fuh, rugi siapa yang tak dapatkan tiket awal. Kan dah sold out!

Hiburan Fri, 30 Nov 2018
Trending Mon, 8 Jul 2019

Myokymia Boleh Ganggu Tumbesaran

Menggeletar sebelum dia disahkan positif mengalami penyakit Myokymia

Featured Thu, 12 Jan 2023
Featured Fri, 18 Apr 2025

Impian Jadi Kenyataan! Wajah Marsha Milan Kini Terpampang Di Billboard New York… Dilantik Duta Spotify Asia Equal April 2025

Penyanyi popular, Marsha Milan bersyukur apabila wajahnya kini muncul menghiasi papan iklan di kota metropolitan Times Square, New York.

Trending Wed, 30 Jun 2021

Tiga Rakyat Malaysia Terima Anugerah Diana 2021

Perghhh… Tahniah diucapkan!

error: Content is protected !!