Isu Disindir Puteri Balqis, Qistina Raisah Menangis, Maklum Dah 4 Hari Tak Buka Media Sosial – “Saya Tak Nak Hati Saya Busuk”

Minggu lalu hangat diperkatakan isu pelakon remaja, Puteri Balqis yang didakwa menyindir pelakon remaja, Qistina Raisah sehingga menimbulkan persoalan dikalangan warganet.

Tidak berdiam diri, Qistina tampil memberi respons terhadap dakwaan tersebut dengan menegaskan dia tidak mempunyai masalah dengan pelakon drama Akulah Balqis itu.

“Saya tak nak cakap banyak-banyak, saya tak ada masalah dengan dia, habis macam ini sajalah.

“Kalau dia dah tak nak cakap apa-apa pada saya, saya dah tak kisah sebab saya tiada masalah dengan dia. Life goes on,” ujar Qistina

Mengakui sedih dengan perkara tersebut, Qistina memberitahu dia sudah beberapa hari tidak menggunakan media sosial dek kerana enggan melayan komen-komen netizen yang menyerangnya.

“Sedih sedikit sebab orang seindustri cakap begitu pada saya, sebenarnya kalau ikutkan saya tak nak hati saya busuk, dah dekat empat hari saya tak tengok media sosial, tak nak tengok komen.

“Bukan terasa cuma nak bersihkan hati, tak terkesan pun. Ada lah nangis sikit sebab tak sangka orang buat begitu.

“Netizen nak cakap terpulanglah, yang paling penting adalah orang terdekat sokong dan tahu keadaan sebenar,” kongsinya.

Dalam pada itu, Qistina yang mula aktif berlakon pada usia 4 tahun itu kekal positif biarpun dirinya disindir rakan seindustri.

“Pada hari pertama kejadian, ibu saya ada hubungi dia untuk selesaikan benda ini, nak beritahu yang kita tak ada masalah dengan dia tapi kita tak dapat apa-apa respons.

“Tidak mengapa, saya teruskan hidup saya je lah. Saya okey sahaja kalau dia tak nak cakap dengan saya, dah kalau orang tak suka kan, takkan lah nak paksa.

“Tak kisah, pergi kemana sahaja saya tetap gembira, tetap tegur. Tak satu set, mungkin satu acara sebab kita industri yang sama,” jelasnya lagi.

Terdahulu, nama Qistina menjadi tumpuan apabila pelakon, Puteri Balqis memuat naik satu hantaran seolah-olah menyindir seorang pelakon remaja yang berusia 14 tahun.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Puter Balqis susulan isu ini bertebaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Timbul Salah Faham Dengan Aktres Remaja, Ibu Qistina Raisah Beri Kata-Kata Semangat Kepada Anak – “Teruskan Melangkah Walaupun Dihina, Fitnah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tayang Jub*r Hari-Hari, Berlakon Satu Award Tak Dapat!” – Puteri Balqis Tempelak Aktres Muda Wanita Umur 14 Tahun?

Sumber: Melodi TV3

Khairil Khusyairi