Isu Muflis, Elfira Loy Difitnah?

Gara-gara gambar sebuah fail yang memaparkan nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri atau mesra dipanggil sebagai Elfira Loy, nama pelakon ini sekali lagi dikaitkan dengan topik panas.

Selepas isu putus tunang, Elfira kembali menjadi tumpuan netizen apabila dia dikaitkan dengan notis muflis.

Namun begitu, hal ini disangkal oleh Elfira sendiri apabila dia memberitahu ada pihak yang cuba menjatuhkan dirinya dengan pelbagai cara termasuk sanggup menyebarkan fitnah.

“Kalau orang nak jatuhkan orang lain dia akan usaha pelbagai cara untuk membuat orang percaya kepada fitnah.

“Begitu yakin membentangkan kesalahan dan kesilapan yang mungkin betul atau salah,” tulisnya di laman Instagram, hari ini.

Foto ‘panas’ itu dimuat naik menerusi Instagram Makcik Puaka.

Tidak mahu melatah dengan fitnah, Elfira juga tidak ambil hati dan hanya mampu mendoakan yang terbaik.

“Hidup ni kena sentiasa berpada-pada kerana ujian tidak pernah hadir pada saat kita diduga. Kadang ia hadir untuk mengajar kita kadang ia hadir untuk menaikkan darjat kita disisi-Nya.

“Saya, macam biasa hanya mampu melihat dan tersenyum mendoakan yang terbaik kerana yang baik tidak datang pada lisan tapi pada perbuatan,” ujarnya.

Sabarlah Elfira…bukan semua orang suka tengok kita senang, bukan? Kuncinya, sabar ya!

 

SGMS Faida