Categories: Oh Lawa

Rahsia Kecantikan Wanita Thailand Yang Perlu Anda Tahu

Kalau di Korea, terkenal dengan signature kulit gelasnya, manakala wanita Perancis pula lebih gemarkan solekan bibir merah. Jika kita tengok wanita Thailand, mereka memang tampil dengan kulit wajah yang bersih, berseri dan berambut ikal mayang. Pendek kata memang sentiasa cantik!

Agaknya apa rahsia kecantikan mereka ya? Nak tahu petua mereka? Jom semak!

1. Urutan Thai

Kalau anda pergi bercuti ke Thailand, rasa rugi kalau tak cuba urutan mereka kan? Kalau anda nak tahu, urutan adalah salah satu kepakaran wanita Thai dan ia menjadi antara rahsia dan petua kecantikan mereka.

Dengan urutan, segala toksin dalam badan mampu dinyahkan sekaligus dapat memberikan ketenangan dalam minda, jiwa dan tubuh badan. Wanita Thai kebiasaannya akan pergi berurut seminggu sekali.

2. Buah betik

Anda pernah dengar tak sabun petik? Sebenarnya, sabun betik popular di Thailand. Wanita Thai sangat cintakan kebaikan buah betik kerana ia memberi manfaat kecantikan pada mereka. 

Betik mengandungi enzim papain ajaib yang mampu merawat kulit kusam pada wajah. Bukan itu sahaja, enzim ini bertindak sebagai pencuci terbaik kulit dan mampu menyah kulit mati pada permukaan kulit.

3. Asam jawa

Asam jawa juga sangat popular di Thailand. Ia mengandungi kandungan mineral dan vitamin yang tinggi. Bukan itu saja, ia juga mengandungi Alpha Hydroxy Acids (AHAs) yang mampu membantu mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah.

Jadi wanita-wanita Thai ini menggunakan asam jawa dengan sebaiknya dan menjadikan ia sebagai skrub wajah. Anda juga boleh cuba ok!

Mudah saja petua kecantikan wanita Thailand ini kan? Jadi, kalau nak cantik macam wanita Thai, praktikkanlah petua mereka ini!

Sumber: Stail.my

tex_admin