#SkoolXTRA “Saya Macam ‘Tomboy’ Dekat Sekolah, Kawan Semua Lelaki” – Izara Aishah

Segment #SkoolXTRA hari ini menampilkan pelakon cantik, Izara Aishah yang mengimbas kembali memori di bangku sekolah.

Kalau anda nak tahu Izara seorang yang nakal tau. Betul ke Izara?

Jom kita ‘throwback’ momen-momen Izara di sekolah.

Izara Aktif Join Olahraga

“Saya sangat nakal dulu.

“Dahulu saya aktif juga, saya join olahraga, konon-konon wakil sekolah untuk kejohanan olahraga.

“Pernah wakil daerah tapi selalu kalah.

Izara Aishah Macam Tomboy?

“Saya juga pernah ponteng sekolah.

“Contoh ketika saya tingkatan 5, saya nakal sangat.. kadang-kadang saya rasa penat sangat dengan sekolah, jadi saya balik rumah.

“Saya macam ‘tomboy’ dekat sekolah. Kawan semua lelaki. Saya juga tak berminat nak bercinta.

“Walapun saya nakal tetapi SPM saya dahsyat juga ya!

Suka Subjek Matematik Sebab…

“Saya suka subjek Matematik dan bahasa Inggeris.

“Kalau Matematik saya suka sebab dia tak perlu baca, sekadar nombor saja.

“Saya senang ingat formula dan format-format matematik.

Haa macam mana momen-momen Izara dekat sekolah dulu? Menarik bukan…

Jangan lupa ikuti XTRA di semua platform media sosial. Sertai kami juga di WhatsApp Channel XTRA!

 

Khairil Khusyairi