“Dia Kahwin Baru Secara Sembunyi Di Siam 26 Januari Lalu” – Diceraikan Melalui Voice Note, Serik Mental Didera.. Isteri Safee Sali Dakwa Dilayan Seperti Sampah

Isteri bekas pemain bola sepak kebangsaan, Fitria Elfina Maharip mendedahkan mentalnya didera selama setahun sebelum Safee Sali memfailkan nusyuz.

Memetik laporan Kosmo, Fitria berkata rumah tangganya mula bergolak sejak Mac tahun lalu apabila Safee berubah sehingga tidak membenarkan isterinya membuat panggilan video.

Lebih menyedihkan, Safee mengakui ingin berkahwin dengan wanita lain kerana dikatakan mampu membantu kerjaya persaraannya.

“Sudah setahun saya bertahan dan didera mental berhari-hari sebelum mengetahui Safee sudah berkahwin baharu secara sembunyi di Siam, 26 Januari lalu.

“Dia lafaz cerai melalui voice note kepada saya pada 11 Februari lalu. Sekarang ini, saya pula dihalau dari rumah sewa di Puncak Alam disebabkan Safee hanya membayar sehingga bulan ini sahaja,” jelasnya.

Mengulas mengenai dakwaan nusyuz difailkan oleh Safee, Fitria memaklumkan dia hanya pulang ke Batam, Indonesia dan mendapat keizininan suaminya itu.

“Dia (Safee) juga tak halang saya untuk pulang (Batam). Saya balik ke Batam sebab nak mengadu dan meminta ‘perlindungan’ daripada abang.

“Saya ke Batam pada 7 Februari sambil menunggu kedatangannya disebabkan dia nak berjumpa abang saya.

“Benda ini (pulang ke Batam) tak boleh diclaim nusyuz sebab dia tahu saya balik rumah abang.

“Saya tak tinggalkan anak sebaliknya titipkan (meletakkan) di rumah anak buah saya. Ini susulan kedua-dua pasport mereka dipegang Safee,” katanya.

Disoal sekiranya masih masih mempunyai perasaan kepada Safee, Fitria berkata suaminya itu tidak pernah menghargai pengorbanannya menjadi ibu kepada dua orang anak mereka.

“Kalau dia buat saya begini, macam sampah selepas 11 tahun mengabdi kepadanya dengan tidak boleh bekerja dan jaga anak sahaja. Apa yang awak rasa. Ketika ini, nafkah zahir juga tidak diberikan olehnya.

“Kini, saya amat bimbang apabila dua anak saya iaitu Shanika Salsabilah,9, dan Shania Safina, 7, tidak lagi bersekolah serta tidak tahu keberadaannya. Hanya surat anak yang dijumpai dalam kereta Safee jadi pengubat rindu,” katanya.

Sebelum ini, Fitria mendedahkan lebih sebulan tak berjumpa anak-anak selepas diambil Safee tanpa pengetahuannya.

Artikel Berkaitan: Rindukan Anak, Isteri Dakwa Safee Sali Bawa Keluar Dua Anak Sejak Februari

Kredit foto: Media Mulia, Sumber: Kosmo

Aqilah Paharuzi