[VIDEO] “Mencintai Tak Semestinya Memiliki” – Putus Cinta, Amelia Christie Menangis

Kisah hubungan cinta pelakon, Amelia Christie dan selebriti, Sharnaaz Ahmad meraih tumpuan ramai di media sosial, baru-baru ini.

Ia ekoran dakwaan cinta mereka telah putus selepas masing-masing sudah tidak saling mengikuti di laman sosial Instagram.

Spekulasi terjawab apabila Amelia memaklumkan status terkini dirinya yang sudah kembali single.

Menerusi video tular di aplikasi TikTok, Amelia menitiskan air mata dan gagal tahan sebak apabila dipeluk oleh rakan dan pengasas produk, Didi Qistina.

Dalam video berkenaan, Didi seolah-olah meluahkan kata-kata semangat demi menyuntik kekuatan kepada Amelia yang baru sahaja mengalami putus cinta.

“Dari kisah Amelia Christie, mencintai seseorang tak semestinya kita memiliki. Kadang-kadang kita harus lepaskan untuk kebahagiannya.

“Soapa yang pernah lalui sahaja yang tahu macam mana rasanya (putus cinta),” tulisnya.

@inayahbeautytrading

Siapa yang pernah lalui je tahu rasanya macam mana 🥺#ameliachristie #fyp #berryfull #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #bellaastillah #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sharnaazahmad #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2024 #TikTokShop

♬ Common Geese – DJ BAI

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan sokongan kepada Amelia untuk terus tabah dan mempercayai dia akan berjumpa jejaka yang lebih menghargainya kelak.

Sebelum ini, Sharnaaz berkata dia tidak pernah mengiyakan dirinya menjalinkan hubungan cinta bersama Amelia kepada mana-mana pihak.

Bagaimanapun, Amelia reda sekiranya Sharnaaz tidak pernah menganggap hubungan istimewa antara mereka itu.

Artikel Berkaitan: Unfollow Di Instagram? Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad Mengenai Status Hubungan Dengan Amelia Christie

Artikel Berkaitan: Dikritik Netizen Sebab Seakan Menafikan Hubungan Dengan Amelia, Sharnaaz Ahmad Beri Penjelasan – “Aku Rasa Ampa Salah Faham Ni”

Artikel Berkaitan: Amelia Christie Jawab Dakwaan Putus Cinta Dengan Sharnaaz Ahmad – “Kalau Dia Tak Pernah Mengiyakan Apa Yang Kami Ada Selama Ini…”

Artikel Berkaitan: “Perempuan Lain Tak Apa, Nabila Kau Tak Boleh Cemburu, Marah” – Sharnaaz Ahmad

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Spekulasi Putus Cinta Dengan Sharnaaz Ahmad Terjawab, Amelia Christie Akui Kini ‘Single’ – “Kena Bagi Tahu…”

Aqilah Paharuzi