Izara Aishah Tayang ‘Baby Bump’?

Pernah menyuarakan hasrat untuk berehat dari industri lakonan buat seketika untuk memberi ruang kepadanya membina keluarga bersama suami, Muhammad Adib,  foto pelakon Izara Aishah yang sedang menghadiri perkahwinan sahabat baiknya, pelakon Farah Nabilah di Hotel Royale Chulan semalam menimbulkan tanda tanya apakah pelakon jelita itu sedang berbadan dua? 

Baca: “Kami Sudah Bersedia…” – Izara Aishah Ambil Keputusan Cuti Berlakon

Foto pelakon Yang Terakhir Untukku yang dimuat naik oleh pelakon Syamim Farid di Instastorynya semalam memperlihatkan apa yang kelihatan seperti ‘baby bump’. 

Malah, foto mereka beramai-ramai dengan pasangan pengantin Farah Nabilah dan Amirul Yunus juga memberi bayangan seolah-olah dia sedang ‘berisi’ apabila Adib meletakkan tangan di perut isterinya itu. 

Betul atau tidak, kenalah tunggu empunya badan membuat pengumuman. Kalau betul, apa salahnya! Mesti comel anak Izara dan Adib!

Sumber Foto: Instastory @syamimfarid & Instagram @izaraaishahofficial 

Del14