Hiburan By: SGMS Enal December 1, 2017 @ 2:20pm

Izreen Azminda Kahwini Suami Orang Peminat Bengang

Berita mengenai perkahwinan aktres Izreen Azminda, 32, dengan pemuzik bebas salah satu program realiti, Uda masih mengejutkan dan menerima pelbagai reaksi daripada peminat.

Izreen yang dikatakan bakal membuat pengumuman khas mengenai status perkahwinannya dengan uda atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Wahid, 29 rupa-rupanya telah berkahwin dengan pemuda yang merupakan suami orang itu. Menerusi rakaman langsung oleh Utusan Online, isteri kepada pemuzik tersebut, Intan Liana Salih, 30, mendakwa dia mengetahui berita suaminya telah berkahwin dengan aktres tersebut dua minggu lepas dan dia reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami.

Bagaimanapun, perkahwinan aktres dengan pemuzik ini yang diharap mendapat restu dan sokongan ramai menjadi sebaliknya apabila Izreen menerima cacian dan kata-kata kurang sopan dari pengikutnya.

Rata-rata mereka menjadikan laman Instagram peribadi Izreen sebagai tempat meluahkan rasa tidak puas hati selepas berita dia berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang tersebar.

Lebih memedihkan, ramai netizen yang melabelkan Izreen sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang lain dan mempersoalkan keputusannya untuk berkahwin dengan lelaki yang sudah mempunyai isteri dan dua anak.

Malah ada menyifatkan tindakan pasangan itu berkahwin secara rahsia tidak betul dan sepatutnya Muhammad Radzi memaklumkan kepada isteri pertama terlebih dahulu.

Sementara itu, walaupun ramai mengecam Izreen, namun masih ramai menyokong keputusannya hidup bermadu dan ia adalah ketentuan Allah.

Ramai juga tampil menasihatkan Izreen agar bersabar dalam menempuh dugaan dan berharap perkahwinan keduanya itu akan berkekalan.

Dalam pada itu Izreen dan Muhammad Radzi akan mengadakan majlis doa selamat pada 7 Disember ini di Damansara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Jul 2018

Fazley Yaakob Naik Pelamin Lagi?

Hasrat untuk bersanding kali kedua dengan isterinya Azrene Soraya bakal dikotakan pada November depan.

Hiburan Thu, 12 Dec 2019

‘Tiada Rezeki Kali Ini’- Syafiq Kyle

Kata Syafiq, “Jika benar ada sambungan, saya harap biarlah jalan ceritanya lebih menarik”

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

“I Feel the Emptiness from Every So Often…” – Taemin on Jonghyun’s Absence

It’s been more than a year but the members still get affected every once in a while.

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

‘ Kesederhanaan Dia Buat Saya Selesa,’ – Fasha Sandha

Siapa kita untuk menilai orang lain? Siapa kita untuk menghukum orang lain? Allah lebih mengetahui segalanya…