Izreen tidak mahu dipersalahkan!

Pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid yang juga suami kepada pelakon Izreen Azminda sah memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap isteri pertamanya, Intan Liana Saleh.

Permohonan cerai dibuat Radzi atau lebih dikenali sebagai Ude, 30,  di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, semalam.

Muhammad Radzi atau Ude.

Menurut laporan Berita Harian, ekoran permohonan cerai itu, Izreen Azminda yang dikatakan punca keretakan rumahtangga Ude dan Intan, 32,  menolak tanggapan ramai bahawa dirinya terbabit dengan kes permohonan cerai tesebut.

Intan ketika hadir di Mahkamah Syariah Gombak semalam. – Gambar Berita Harian

“Saya tidak tahu apa masalah mereka dan tidak pernah bertanya mahu pun bergaduh dengan Intan,” ujar Izreen yang berharap tiada tohmahan timbul di kalangan netizen mengaitkan dirinya. 

“Saya sedar kedudukan saya sebagai isteri kedua, jadi lebih baik saya tidak ambil tahu,” tambahnya.

Izreen bermadu dengan Intan setelah mengahwini Ude pada 8 Ogos 2017.  Pelakon ini mempunyai seorang anak lelaki,  Muhammad Adrian Umar hasil perkahwinan pertamanya, manakala Ude dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri berusia setahun  bersama Intan.

SGMS Fas