Euforia Bola 2026
Hiburan By: Marcella December 28, 2021 @ 3:17pm

Jadi Gangster Kampung, MK K-Clique Akui Serius Dalam Dunia Lakonan

Penyanyi rap MK K-Clique mengakui dia serius dalam dunia lakonan.

Buat masa ini, bidang lakonan adalah sumber rezeki yang hadir dalam kerjayanya dan dia menghargai segala peluang yang diberikan.

Baru sahaja beraksi di hadapan kamera, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, kini memegang watak sebagai seorang gengster kampung dalam drama bersiri Oh My Hantaran di TV9.

Menurut MK, dia akan mempelajari bidang lakonan dengan lebih mendalam jika diberikan peluang untuk berlakon lagi selepas ini.

“Ia lebih kepada menghargai peluang yang ada sebenarnya. Alhamdullilah kalau di dalam dunia lakonan ini kita ada peluang tersebut, saya dan Noki akan bersungguh-sungguh untuk mengambil peluang itu,” katanya.

Tambah MK, minat dan kesungguhan membuatkan dirinya serius menyandang tugas sebagai seorang pelakon.

“Kena ada minat, kesungguhan dan dari diri sendiri untuk belajar benda tersebut. Saya serius dengan peluang yang ada iaitu saya serius dengan berlakon sebab itu peluang yang diberikan kepada saya.

“Dengan peluang itu, saya bersungguh-sungguh untuk mempelajari dalam bidang lakonan,” katanya semasa sidang media maya drama Oh My Hantaran pada Selasa.

Jangan lupa saksikan Oh My Hantaran yang ditayangkan di slot Diandra TV9 setiap Isnin hingga Khamis jam 8.30 malam.

Selain MK, drama bersiri yang turut menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Noki K-Clique, Elisya Sandha, MK K-Clique dan ramai lagi itu akan mula bersiaran pada 29 Disember ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 7 Aug 2018

Lombok Bergegar, 20,000 Penduduk Hilang Tempat Tinggal

Agensi Pencegahan Bencana Nasional (BNPB) berkata, ia menjangka angka kematian meningkat sebaik runtuhan lebih 13,000 rumah dibersihkan selepas dua gempa kuat dalam tempoh seminggu.

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Usikan Janna Nick disalah faham!

Inilah yang berlaku antara pelakon Janna Nick dan penyanyi yang baharu putus tunang, Sufian Suhaimi.

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
LIFESTYLE Thu, 20 Dec 2018

Jangkitan Penyakit Di Kolam Renang, Ibu Bapa Perlu Waspada

Kalau air kolam tu bau klorinnya kuat sangat pun hati hati ye. Tu biasanya bau klorin yang dah banyak bercampur dengan najis dan kencing

Featured Fri, 21 Jan 2022
Featured Tue, 25 Oct 2022

[VIDEO] Adira Suhaimi Kongsi Wajah Anak Ke-4, Pilih Nama Ayub

Comelnya Ayub ☺️ Hidung mancung sangat tuu hehe

error: Content is protected !!