Jadikan Mas Idayu Sebagai Bahan Lawak, Shuk Dianggap ‘Kurang Ajar’?

Konsert Mentor 7 yang berlangsung setiap minggu bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam menyaksikan hanya tinggal 5 protege yang bakal berentap di konsert minggu ke-8 nanti. Namun, selain para protege, mentor dan juri awam, hos juga sering mendapat perhatian lensa kamera. Kenapa agaknya?

Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar yang sebelum ini pernah ditempelak dengan pelbagai kontroversi melibatkan lawak double meaning serta gurau kasarnya sekali lagi dilihat seolah-olah mahu mengualngi kesilapan lalunya apabila kerap mengusik juri tetap, Mas Idayu atau lebih mesra dipanggil Mummy. Dilihat seperti ‘kurang ajar’ kerana asyik memperlekehkan mummy dengan isu umur dan sebagainya. Bagi Shuk, tindakannya hanyalah untuk menceriakan konsert #mentor7 sahaja.

Jika dilihat setiap minggu mengenai cara usikan Shuk yang dianggap agak kasar dan kurang ajar, namun Shuk masih menjaga batasan terhadap gurauannya itu ketika berada di atas pentas, lebih-lebih lagi program itu bersiaran secara langsung.

” Sama ada saya atau mummy, kami masing-masing sebenarnya sudah sedia maklum tentang apa yang berlaku terutamanya bila di atas pentas. Semua itu hanya usikan , dan cara melawak sahaja. Jadi sudah tentu takkan ada sesiapa pun akan terasa hati.” Katanya

Menurut Shuk, setakat ini, hubungan beliau bersama mummy baik-baik sahaja. Kerana, masing-masing faham semua yang berlaku itu hanyalah sekadar untuk menjalankan tugas masing-masing.

Jadi, netizen diluar sana kena ingat, semua itu hanyalah sekadar mahu menceriakan konsert #mentor7 sahaja. Al-maklumlah, saja nak hilangkan tekanan protege dan penonton yang hadir. 

Kepada korang yang free hujung minggu ni bolehlah datang beramai-ramai menyaksikan konsert #mentor7 bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam atau boleh menonton konsert #mentor7 secara langsung menerusi Youtube TV3Malaysia Official dan LIVE TV di www.xtra.com.my.

Salma Syahbuddin