Jalani Misi Kemanusiaan Ke Syria Selama 20 Hari, Nadzmi Adhwa Dan Isteri Mohon Doa Peminat

Pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan juga Ardell Aryana baru-baru ini berkongsi kepada peminatnya tentang misi kemanusiaan yang dijalankan oleh pasangan tersebut di Syria.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Nadzmi di laman media sosial Instagram miliknya, perjalanan mereka yang bermula dari 27 Disember hingga 18 Januari tahun hadapan itu bertujuan membantu meringankan beban saudara Islam di Syria.

“Bismillah. Doakan kami Malaysia – Turkey – Syria. Kita jalan dulu sekejap, lepastu terus sambung untuk misi kemanusiaan di Syria Selama 20 Hari. Teruskan menyalurkan bantuan ke akaun rasmi @ydkmm_official . Kami sedia bersama saudara Syria kita. Insyaallah,” tulis Nadzmi Adhwa.

 

 

Menurut Nadzmi, dia juga telah dipilih sebagai ikon kemanusiaan Yayasan Dana Kebajikan yang telah bermula sejak tahun lepas.

Terdahulu, pada minggu lepas Nadzmi berkongsi berita gembira tentang kehamilan isterinya selepas pasangan itu berkahwin pada 1 September lalu.

Xtra ucapkan semoga perjalanan pergi dan balik Nadmi Adhwa dan Ardell Aryana selamat dan diberkati olehNya.

Sumber foto: Instagram Nadzmi Adhwa

Syafiqa Irdina