Entri Instagram pelakon dan pengacara, Mona Allen baru-baru ini, yang mempamerkan  fotonya bertudung menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen sama ada beliau sudah berhijab sepenuhnya. 

Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen telah memuat naik fotonya yang kelihatan ayu memakai tudung berwarna merah jambu dan kelihatan seperti sedang berada di masjid.

Yang menimbulkan spekulasi adalah kapsyen Mona yang memberi bayangan yang dia sedang cuba untuk berhijab. 

“Sis tak berapa nak pandai sangat nak berhijabista, tetapi boleh tahan lah kot. 

“Pelan-pelan kayuh. Doakan ya,” tulis isteri kepada pelakon, Pekin Ibrahim itu.   

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai yang memuji imej Mona yang dikatakan nampak cantik dan ayu bertudung.

 

Terdahulu, pelakon Dia Menantu Rahsia itu telah mendirikan rumah tangga dengan Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018 dan baru sahaja menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka. 

Kredit Foto: Instagram @mona.allen

Del14