Imej Terbaharu Kim Woo Bin Buat Peminat Terkejut!

Kim Woo Bin is back!

Siapa yang tidak kenal dengan aktor yang juga model tampan Korea Selatan yang memiliki gaya “bad boy” iaitu Kim Woo Bin. Baru-baru ini, penampilan Woo Bin dengan imejnya berambut panjang telah mengejutkan para peminat!

Agensinya, SidusHQ telah memuat naik beberapa keping gambar profil Woo Bin yang terkini yang berkonsepkan black and white dengan gaya rambutnya yang panjang mencecah hingga ke paras bahu!

 

 

 

 

“Kami melakukan penggambaran tersebut ketika Woo Bin sedang memiliki rambut yang panjang. Ini adalah bagi menunjukkan kepada peminatnya tentang perkembangan terkini Woo Bin yang tidak dapat menyapa Woo Bin secara langsung. Kami merancang untuk menghadiahkan kepada peminat nanti,” kata wakil agensi SidusHQ.

Selepas dua tahun berehat daripada industri hiburan, Kim Woo Bin kembali aktif secara rasmi dalam dunia hiburan selepas menjadi salah seorang penyampai anugerah dalam “40th Blue Dragon Film Awards” yang berlangsung pada 21 November yang lepas.

Terdahulu, Kim Woo Bin telah disahkan menghidap penyakit kanser Nasopharyngeal yang berkait dengan saluran pernafasannya pada tahun 2017 yang lalu. Namun, aktor kacak ini bernasib baik kerana penyakit tersebut telah dikesan lebih awal sebelum menjadi serius.

Apa-apun, penampilan fresh Woo Bin itu nampaknya kelihatan lebih tampan berbanding penampilan rambut pendeknya sebelum ini kan?

Sumber foto: www.allkpop.com.my

Syafiqa Irdina