Pelakon meningkat naik, Nadhir Nasar memuat naik satu hantaran di laman media sosial miliknya seolah-olah memerli seseorang.
Menerusi ciapan di laman Twitter itu, Nadir atau nama lengkapnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar menulis agar individu yang dimaksudkannya itu jangan mendabik dada.
Namun, pelakon dan juga model tu tidak mendedahkan siapa yang dimaksudkannya itu.
“Relax, jangan acah rockstar sangat, kau bukan Billie Joe,” tulisnya di laman Twitter.
Tinjauan XTRA di perkongsian tersebut mendapati rata-rata warganet mempersoalkan siapa yang dimaksudkan jejaka berusia 26 tahun itu dan ada juga menganggap tindakan Nadhir ini sangat berani.
Namun ada juga warganet seolah-olah tahu siapa yang dimaksudkan itu dengan memberi bayangan kepada pengguna lain.
Sehingga kini, ciapan pelakon tersebut telah meraih lebih 1,000 ulang kicau dan 4,500 tanda suka di laman twitter miliknya.
Sumber: Twitter @NadhirNasar
Ruhainies cakap views IG dia berjuta ya... takkan tak ada sorang yang positif kot..
Ruhainies harap semua pihak dapat move on. Tak mahu panjangkan isu.
Save the date!
Mungkin ini yang terbaik untuk Syasya 🫶🏼
Innalilahiwainnailaihirajiun
Tak sabarnya nak tengok nanti! Jom sertai