“Dah Dah La Nak Trigger Orang Untuk Keji & Maki Saya”- Neelofa Titip Pesanan ‘Makan Dalam’ Gara-Gara…

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa tampil memberikan teguran buat sesetengah pihak yang dilihat sengaja mencetuskan kontroversi terutamanya apabila melibatkan dirinya dan keluarga.

Perkara itu dikongsi pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya baru-baru ini.

“Dah dah la nak trigger orang untuk dikeji, maki saya sekeluarga. Tak cukup lagi ke selama ni tengok saya dikecam?” tulisnya.

Sementara itu, Neelofa, 32, dilihat memberikan komen balas terhadap portal berkenaan kerana sengaja memberikan ‘headline’ yang tidak bersesuaian sehingga boleh mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

“Janganlah trigger untuk dikecam. Bila orang share benda baik, tapi tetap juga nak cari jalan supaya dikeji, dicaci maki. Metro dan Utusan boleh je baut tajuk baik-baik, sebab artikel pun ceritanya baik sahaja. Jadi kenapa yang lain tak boleh ikut sama?” katanya.

Terdahulu, Neelofa sering dikaitkan dengan beberapa siri kontroversi termasuklah ada pihak yang dilihat cuba melaga-lagakan dirinya dengan selebriti lain.

Selain itu, ada juga yang mengecamnya kerana masih tetap dengan pendirian untuk tidak mahu menunjukkan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal kepada umum dengan alasan takut terkena penyakit ain.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi ‘Kehilangan’ Adik Di Media Sosial, Neelofa Dedah Ameera Khan Sedang Jalani…

ARTIKEL BERKAITAN:“Anda Semua Dah Boleh…” – Neelofa Bakal Dedah Wajah Bilal

ARTIKEL BERKAITAN:“Tolong Block Si Diana Ni, Serabut Betul Komen Dia”- Neelofa Bengang Individu Kerap Sebut Nama…

ARTIKEL BERKAITAN:“Rambut Perang, Sebijik Macam Mat Salih…” – Neelofa Kongsi Wajah Bilal, Netizen Puji Nampak Sipi Pun Dah Handsome!

ARTIKEL BERKAITAN:“Makin Pelik Hajah Niqabis Ni….” – Netizen ‘Busuk Hati’ Kritik Penampilan Neelofa, Siap Minta Buka Niqab Lagi!

Salma Syahbuddin