Susulan Kes Lesti Kejora & Rizky Billar, Kini Baim Wong & Isteri Pula Disiasat Polis

Pihak berkuasa Indonesia bakal membuat siasatan lanjut berhubung kandungan saluran YouTube yang mengandungi gurauan keganansan rumah tangga pelakon popular Indonesia, Baim Wong dan isterinya, Paula Verhoeven.

Menerusi video yang telah dimuat naik disaluran YouTube milik mereka, Paula tampil ke balai polis kononnya ingin membuat laporan berhubungan keganasana rumah tangga yang dialaminya.

Menurut Ketua Perhubungan Polis Republik Indonesia Metro Jakarta Selatan AKP, Nurma Dewi, gurauan pasangan ini hadir membuat laporan palsu di Balai Polis Kebayoran Lama Jakarta Selatan itu boleh dikategorikan sebagai perilaku jenayah.

Bahkan, pasangan ini juga boleh dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan jenayah.

“Kita selaraskan perbuatan ini boleh menjurus kepada tindakan jenayah kerana dia membuat laporan palsu.

“Kami bercadang untuk memanggil Baim dan isteri untuk berbincang dengan Ketua Balai Polis Kebayoran Lama,” katanya.

Sementara itu, ‘content’ yang dilakukan oleh Baim dan isteri ini turut mendapat kritikan daripada rakan selebriti lain termasuklah, Nikita Mirzani.

“Kenapa tiba-tiba polis di prank sebegini? Apa yang tidak kena dengan wang anda? Adakah audiens anda semakin berkurang? Ternyata ada yang gila dari saya.” tulisnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di laman YouTube berkenaan, video yang berjudul ‘Keganasan Rumah Tangga Baim, Paula Mengalami Visum Tonton sebelum diturunkan’ tersebut telahpun dipadam selepas ia menimbulkan kemarahan netizen Indonesia.

Terdahulu, isu keganansan rumah tangga membabitkan penyanyi dangdut Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar mengejutkan ramai pihak termasuklah peminat dan rakan artis..

 

ARTIKEL BERKAITAN: Dihempas Ke Lantai & Leher Dicekik, Lesti Kejora Buat Laporan Polis Terhadap Rizky Billar

 

Sumber: Tribunews

Salma Syahbuddin