[VIDEO] Peminat ‘Jodohkan’ Dengan Siti Khadijah, Aniq Suhair Dedah Tak Mahu Kahwin Lagi – “Masih Muda.. Saya Nak Enjoy”

Penangan drama Sekali Lagi Cinta Kembali gandingan pelakon Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim menjadi fenomena sehingga nama mereka dikaitkan untuk bercinta dalam dunia realiti.

Sebuah video TikTok Live antara Aniq bersama pengurus penerbit Datuk A Aida tular di media sosial memaparkan aktor itu menjawab persoalan sekiranya berjodoh dengan Siti.

“Janganlah doakan Aniq dengan Siti berjodoh. Saya muda lagi, saya tak nak kahwin lagi.

“Karang terjodoh betul karang, haa. Janganlah doa macam tu saya masih nak enjoy lagi,” ujar Aniq yang berusia 21 tahun itu.

Disoal sama ada dia kekok atau gementar berlakon bersama Siti, aktor kegemaran ramai itu menafikan perkara tersebut.

Menjengah ke ruangan komen video TikTok berkenaan, ramai dalam kalangan peminat finalis Hero Remaja itu seakan ‘angau’ dengan aktor drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

@itsrandomlycontent Guys aniq x nk kawin lagi weyhh.. Katanyeee 😝@aaaniiqqq @sitikhadijahhalim_ #sekalilagicintakembali #SepanjangHayyatAira ♬ original sound – Randomlycontent

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih 11,000 tontonan, 700 tanda suka dan 40 komen.Penangan drama Sekali Lagi Cinta Kembali gandingan pelakon Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim menjadi fenomena sehingga nama mereka dikaitkan untuk bercinta dalam dunia realiti.

Sebuah video TikTok Live antara Aniq bersama pengurus penerbit Datuk A Aida tular di media sosial memaparkan aktor itu menjawab persoalan sekiranya berjodoh dengan Siti.

“Janganlah doakan Aniq dengan Siti berjodoh. Saya muda lagi, saya tak nak kahwin lagi.

“Karang terjodoh betul karang, haa. Janganlah doa macam tu saya masih nak enjoy lagi,” ujar Aniq yang berusia 21 tahun itu.

Disoal sama ada dia kekok atau gementar berlakon bersama Siti, aktor kegemaran ramai itu menafikan perkara tersebut.

Menjengah ke ruangan komen video TikTok berkenaan, ramai dalam kalangan peminat finalis Hero Remaja itu seakan ‘angau’ dengan aktor drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih 11,000 tontonan, 700 tanda suka dan 40 komen.

Aqilah Paharuzi