[VIDEO] Selepas Isu Ludah, Noh Salleh Tunjuk Jari Tengah Pula?

Sebelum ini tular isu dakwaan Noh Salleh meludah ke arah penonton ketika membuat persembahan namun pengurus kumpulan Hujan, Ahmad Ariffin Ahmad menafikan dakwaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Jijik Gara-Gara Meludah, Pengurus Kumpulan Hujan Dedah Punca Sebenar

Terbaharu, tular sebuah video yang memaparkan Noh menunjukkan jari tengah kepada penonton ketika berada di konsert tersebut mendapat kritikan hebat daripada warganet.

Menerusi perkongsian di TikTok itu, Noh dilihat sedang melambai-lambai ke arah penonton sebelum menunjukkan isyarat lucah itu.

Lebih mengejutkan apabila penonton itu sendiri tidak menyangka akan menerima simbol jari tengah daripada vokalis kumpulan Hujan itu.

@izzat.radzuan Hausboomm 2022! #hausboommusic #hausboom ♬ original sound – onefaridzuan

Berdasarkan pemerhatian XTRA, tindakkannya yang menunjukkan isyarat lucah itu bukan hanya sekali tetapi dua kali apabila dia juga menunjukkan simbol lucah tersebut kepada penonton ketika membuat persembahan di atas pentas.

Gara-gara tindakan itu, ramai netizen berasa kurang senang dengan Noh kerana perbuatan itu tidak sopan bagi semua lebih-lebih lagi bergelar haji.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan sikap Noh yang dilihat semakin liar malah ada juga yang tidak menyangka  serta tekejut dengan kelakuan penyanyi tersebut.

Sumber: TikTok izzat.radzuanSebelum ini tular isu dakwaan Noh Salleh meludah ke arah penonton ketika membuat persembahan namun pengurus kumpulan Hujan, Ahmad Ariffin Ahmad menafikan dakwaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Jijik Gara-Gara Meludah, Pengurus Kumpulan Hujan Dedah Punca Sebenar

Terbaharu, tular sebuah video yang memaparkan Noh menunjukkan jari tengah kepada penonton ketika berada di konsert tersebut mendapat kritikan hebat daripada warganet.

Menerusi perkongsian di TikTok itu, Noh dilihat sedang melambai-lambai ke arah penonton sebelum menunjukkan isyarat lucah itu.

Lebih mengejutkan apabila penonton itu sendiri tidak menyangka akan menerima simbol jari tengah daripada vokalis kumpulan Hujan itu.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, tindakkannya yang menunjukkan isyarat lucah itu bukan hanya sekali tetapi dua kali apabila dia juga menunjukkan simbol lucah tersebut kepada penonton ketika membuat persembahan di atas pentas.

Gara-gara tindakan itu, ramai netizen berasa kurang senang dengan Noh kerana perbuatan itu tidak sopan bagi semua lebih-lebih lagi bergelar haji.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan sikap Noh yang dilihat semakin liar malah ada juga yang tidak menyangka  serta tekejut dengan kelakuan penyanyi tersebut.

Sumber: TikTok izzat.radzuan

Khairil Khusyairi