“Jangan Bawa Najis Dekat Sini!” – Opai Didakwa Hina Orang Bawa Kereta Biasa, Wak Doyok Tak Puas Hati?

Pelakon dan usahawan, Wak Doyok membidas kenyataan suami kepada pelakon, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang gara-gara didakwa menghina orang yang memandu kereta biasa.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Aliff atau lebih mesra disapa Opai menganjurkan acara pertunjukkan 100 buah kereta ‘supercars’ di Pavillion, Kuala Lumpur.

Di dalam video tersebut, Opai memberitahu kereta jenis Mustang tidak terkecuali di dalam senarai ‘supercar’ dan memperlekehkan beberapa jenis kereta lain.

“Mustang dikecualikan. Bila kita sebut supercar, Mustang bukan dalam kategori supercar. Mustang, kereta-kereta AMG (Mercedes), Honda pekak tu semua bukan eh.

“Paling bangang pun GTR. Itu entry level,” jelasnya.

Selain itu, Opai juga seakan-akan menghina pemandu kereta yang membawa kereta selain kereta ‘supercars’.

“Status tu! Ada la dua tiga kereta nak masuk tadi, kita dah halau, kita dah halang. Jangan bawak najis dekat sini! Tadi ada dua biji FK8R (kereta jenis Honda), kita kata ‘Woi, jangan hina kami!,” ujar Opai.

Tidak berdiam diri, Wak Doyok menjelaskan bahawa kereta jenis Mustang merupakan kereta ‘sports car’ dan mempersoalkan kenyataan Opai yang berbaur penghinaan.

“Kenapa sampai nak menghina orang pakai kereta biasa-biasa?,” katanya.

Sekadar info, Wak Doyok memiliki sebuah kereta berjenama Mustang GT500.

Maya Basir