“Jangan Bercakap Pasal Allah Dengan Gambar Macam Ni…” Muat Naik Foto Separuh B*g*l Dengan Patung Unicorn, Netizen Tegur Nam Ron

Pengarah, penulis skrip, pelakon dan aktivis teater berbakat, Nam Ron mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar separuh bogelnya di laman instagram pada Selasa.

Perkongsian Nam Ron ini jelas mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menganggap tindakan pelakon ini tidak sesuai dengan usia apabila memuat naik gambar tidak berbaju dan menutup bahagian privasi nya menggunakan patung unicorn.

Bagaimanapun, Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 52, menjelaskan bahawa apa yang dikongsikannya itu adalah salah satu bentuk ujian untuk semua orang termasuklah dirinya.

“Saya adalah ujian untuk tuan-tuan dan puan-puan. Tuan-tuan dan puan-puan pula adalah ujian untuk saya.

“Semoga kita sama-sama lulus dalam ujian. Innalillahwainnalilah…” tulisnya.

“Matlamat tak menghalalkan cara…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen terkejut malah ada yang berpendapat bahawa apa yang diperkatakan oleh pelakon ini menerusi ruangan kapsyen nya tidak sesuai dengan gambar yang ditunjukkan.

Terdahulu, Nam Ron pernah memuat naik gambar separuh bogelnya bertujuan menegur secara sarkastik pihak produksi yang mengenakan syarat bahawa pengambilan pelakon adalah berdasarkan jumlah followers yang ramai sahaja.

Salma Syahbuddin