“Jangan Keliru Antara Alpha Dengan Kurang Ajar” – Nazrudin Rahman Beri Teguran Pedas Kepada ‘Wannabe Alphas’

Baru-baru ini, isu lelaki alpha menjadi bualan hangat apabila ada individu menyatakan dirinya sebegitu di media sosial.

Susulan itu, pengacara dan selebriti, Nazrudin Rahman tampil memberi penjelasan dan teguran mengenai ‘lelaki alpha’.

Menerusi ciapannya di Twitter, Nazrudin membuat teguran kepada ‘wannabe alphas’ dengan menyatakan lelaki alpha sebenar tidak menwar-warkan diri mereka di media sosial.

“Kepada wannabe alphas, real alphas don’t rant on TikTok about their alpha-ness.

“Real men understand fear, not run away or ignore it. Real men have control, yet are able to admit insecurities,” kata Naz.

Tambahnya, seseorang individu itu sepatutnya tidak keliru mengenai lelaki alpha dengan sikap kurang ajar.

“Do not confuse being alpha with kurang ajar,” ciapnya.

Sebelum ini, muncul isu apabila suami kepada pelakon Fatin Afeefa menyatakan bahawa dia tidak bersungguh untuk memikat Fatin dan dikaitkan pula dengan lelaki alpha.

Gara-gara itu, timbul respons kurang senang dalam kalangan warganet dan melabelkannya sebagai narsisistik.

Artikel Berkaitan: Mengaku Tak Banyak ‘Effort’ Pikat Fatin Afeefa, Aliff Awang Anggap Diri ‘Lelaki Alpha’… Netizen Label Narsisistik

Atiqah Johari