Jangan Ketinggalan! Temui Selebriti Kegemaran Anda Di Showcase Muzik-Muzik Sabtu Ini

Kepada yang meminati artis seperti Kaer, Amylea, Syamel, Floor 88, Azie dan Khai Bahar anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang dalam menyaksikan persembahan artis kegemaran korang kan?

Jadi, bagi menghangatkan Showcase Muzik-Muzik #33 anda dijemput hadir pada 11 Ogos ini bertempat di Ground Floor Centre Court, IOI City Mall, Putrajaya. Jadi jangan lupa datang beramai-ramai okay! Pastinya happening!

 

Dan, pesanan buat peminat-peminat artis kesayangan korang, apa tunggu lagi vote lah lagu kegemaran dan artis kesayangan korang ni di laman kool xtra.com.my! Atau, boleh save date korang semua untuk saksikan siaran secara langsung Muzik-Muzik 33 di TV3, pada setiap Isnin, jam 11 malam!

Salma Syahbuddin