Dah Lama Berehat, Pelakon Cilik Ini Dah Mula Bekerja

Alhamdulillah! Pelakon cilik Puteri Balqis yang sebelum ini dilaporkan berdepan masalah kesihatan yang tidak menentu sudah kembali ke set penggambaran.

Menurut ibunya, Norashikin Mohd Aziz memaklumkan anaknya cukup teruja kembali berlakon di mana kesihatan Balqis kini beransur pulih.

“ Alhamdulillah, dia diberi kekuatan untuk kembali ke set. Kami tak paksa dia…kemahuan atas dia sendiri.

“ Balqish masih dalam rawatan lagi tetapi dia tetap bersemangat untuk menyambung kerjanya,” katanya.

Hal ini turut dikongsi oleh pelakon cilik ini di laman Instagramnya, hari ini.

“ Strong girl rules. Balqis is back,” tulisnya.

Sebelum ini, kisah Puteri Balqish menjadi tumpuan ramai apabila dia dilaporkan selalu muntah dan demam berpanjangan.

Tanda pagar #FightCancer di laman Instagram juga telah menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

 

SGMS Faida