Jangan Mudah Leka, Ini Nasihat Fathi Hussein Kepada Anak Muda

Pempengaruh Fathi Hussein yang juga merupakan seorang guru, terkenal dengan teknik mudahnya dalam menguasai mata pelajaran matematik tambahan.

@mcplus.myawak hanya ada masa sekarang sahaja untuk lakukan yang terbaik ✨♬ original sound – mcplus.my

Menerusi perkongsian di laman TikTok, Fathi sedang memberi nasihat menyuntik semangat pelajarnya untuk melakukan perubahan yang lebih baik.

“You only have now, nak kata benda yang dah lepas, nak merintih nak buat apa lagi.

“You dah melakukan satu benda yang you dah enjoy pun seblum ni, Sekarang dah sedar, do it. Persetankan masa yang lalu ini je masa yang you ada, all out!” ucapnya.

Sementara itu, rakan Fathi juga iaitu Uzairi Taib sempat memberikan kata-katanya supaya dapat memberikan kesedaran kepada pelajar-pelajar mereka.

“The best time to start is now. It is never too late, if you start now,” ucap Uzairi.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya mengucapkan terima kasih kepada Fathi akan nasihat yang diberikan dan ada juga pelajar yang mula sedar untuk bangkit dari kesilapan yang sudah lepas.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 151,000 tontonan dan lebih 22,000 tanda suka.

Halimey Zamal