Sibuk Dengan Pelajaran & Kerjaya, Wani Kayrie Bersyukur Dikurniakan…

Penyanyi Wani Kayrie atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 22, sibuk membahagikan masa dengan pelajaran dan kerjaya dalam bidang nyanyian.

Pelantun lagu Jangan Terlepas Pandang itu berkongsi foto bersama tenaga pengajaran dan rakan sekuliah di Instagram, baru-baru ini.

“Dua situasi berbeza dalam satu hari yang sama. Alhamdulillah, I managed to settle two final projects in a day with my different class from different courses.

“Walaupun jadual Wani agak sibuk dan rushing untuk uruskan kerja dan belajar pada waktu yang sama.

“I felt so lucky to have such an understanding lecturers and teammates all along,” tulisnya.

Sedang menuntut di Management & Science University (MSU) dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan, Wani bakal menghabiskan pengajian tidak lama lagi.

“Come on, sikit lagi nak habis degree dah. Two down, five more final projects to go!” tulisnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Wani akan muncul dengan program terbaharu tidak lama lagi.

Padin